Wallpaper

Khamis, 16 Ogos 2012

Muhasabah Ramadhan 1433h





عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : كم من صائم ليس له من صيامه إلا الجُوعُ و العَطَشُ . [ رواية النسائي ]

Maksudnya
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu berkata : Rasulullah shollahu `alaihi wasallam bersabda : “ Ada banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat daripada puasanya itu apa-apa ganjaran melainkan hanya lapar dan dahaga ” .



و عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال النبي صلى الله عليه و سلم : من لمْ يَدَعْ قولَ الزّورِ و العملَ به فليس لله حاجةٌ في أنْ يدعَ طعامهُ و شرابهُ . [ رواه البخاري ]

Maksudnya
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu berkata : Rasulullah shollahu `alaihi wasallam bersabda : “ Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan perbuatan dengan dasar dusta, maka Allah tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum (maksudnya berpuasa)



:: ke arah KESEMPURNAAN ibadah PUASA ::


Jumaat, 17 Februari 2012

caiYoOK~ --> redhoNya



قال رسول الله :

احفظ الله يحفظك ,
احفظ الله تجده تجاهك ,
إذا سألت فاسأل الله ,
 و إذا استعنت فاستعن بالله ,
واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء
لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ,
وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء
لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك ,
رُفعت الأقلام وجفت الصحف

“ Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara kamu ,
Peliharalah larangan Allah nescaya kamu dapati ia selalu di hadapanmu ,
Apabila kamu memintahendaklah kamu meminta pada Allah ,
Dan bila kamu memohon pertolongan hendaklah memohon dari Allah ,
Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi manfaat kepada mu
Mereka tidak dapat memberinya melainkan apa yang telah Allah tentukan untukmu ,
Dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan sesuatu keburukan ke atasmu ,
Tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan telah ditentukan oleh Allah ,
Kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya) ”

******************************
:: bersama mencari, menuju dan berusaha ke arah keREDHAan Allah ::
caiYoOK~ --> redhoNya



Isnin, 13 Februari 2012

Kekasih Ohh Kekasih !!




ISLAM & VALENTINE

Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.


KATA PUTUS JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN
BAGI HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA YANG BERSIDANG BUAT KALI KE-71

"Roh perayaan
ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam."


Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
[Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)]

Antara intipati penjelasan beliau…

o   Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang

o   Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita.

Namun Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

o   Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu.

o   Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang TETAPI apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

o   Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya.

o   Bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

o   Bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat.

PERBANDINGAN

o   Sebagai perbandingan, fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.

Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir.

o   Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah.

PENUTUP

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad.

******************************

:: cIntA ALLAH cIntA RASUL cIntA IBU AYAH ::
=)