Wallpaper

Isnin, 7 November 2011

Qurban

Menyembelih binatang yang tertentu jenisnya yang di kategorikan sebagai (الآنعام) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah dan dilaksanakan pada hari aidil adha dan pada hari-hari tasyriq selepasnya.

Dalil Pensyariatannya :

1. Al-Quran :



         Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihlah (sebagai bersyukur)

         (Surah Al-Kausar : 2)

2. Al-Hadith : Hadith yang diriwayatkan oleh Anas

         Rasulullah SAW mengorbankan dua ekor kibas berwarna putih dan bertanduk.

3. Seluruh Umat Islam bersepakat ibadah qurban ini telah disyariatkan oleh Islam

Fadhilatnya :

Ibadah Qurban ini mempunyai fadhilat yang besar. Antaranya ialah yang tergambar dalam hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi.

         Daripada Aishah bahawa Rasulullah SAW bersabda : "tiada amalan anak Adam yang dilakukan daripada hari raya aidiladha yang disukai oleh Allah melainkan berkorban. Haiwan yang dikorbankan itu bersama tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya akan datang kepadanya pada hari Qiamat. Dan sesungguhnya ibadah ini akan diterima Allah sebelum menitisnya darah sembelihan ke bumi."

Antara hadith yang lain ialah ancaman kepada mereka yang mampu untuk melaksanakan Ibadah qurban sepertimana yang diriwayatkan Al-Hakim :

         Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya, Sabda Rasulullah SAW : "barang siapa yang ada kemampuan untuk berkorban tetapi tiada melaksanakannya, janganlah ia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami."

Ar-Rafie dan Ibnu Rif'ah ada menyebut :

         Berqurbanlah dengan haiwan yang besar kerana ia akan menjadi tunggangan kamu di atas titian الصراط.



Hikmah Berqurban :




 1. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyahut perintah Allah untuk mengorbankan anak Nabi Ismail A.S

2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah ruah.

3. Menanamkan perasaan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan