Wallpaper

Isnin, 15 Ogos 2011

15 Maksiat Sebab Turunnya Bala


Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Ali bin Abi Talib, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi mereka ditimpa bencana iaitu :

1.      Apabila harta Negara hanya beredar pada  orang yang tertentu sahaja.

2.      Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3.      Apabila zakat dijadikan hutang.

4.      Apabila suami memperturutkan kehendak isteri.

5.      Apabila anak derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

6.      Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya (memuliakan kawan melebihi ibu bapanya).

7.      Dan dia (si anak tadi) suka menjauhkan dirinya daripada ayahnya.

8.      Apabila suara sudah ditinggikan di dalam masjid (atau lebih ramai yang berbicara hal keduniaan di dalam masjid).

9.      Apabila yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah yang paling hina dalam kalangan mereka.

10.  Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan dan kezalimannya.

11.  Apabila khamar (arak) sudah diminum di merata tempat (menjadi biasa).

12.  Apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13.  Apabila para artis disanjung-sanjung (atau wanita dijemput menghiburkan lelaki).

14.  Apabila muzik banyak dimainkan (atau banyak wanita memainkan alat muzik).

15.  Apabila generasi umat akhir zaman melaknat (menyalahkan / menghina) generasi terdahulu (para sahabat, tabiin dan seterusnya).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angina merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”

Dunia pada hari ini telah membuat segala yang telah disabdakan Rasulullah, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Seandainya kita sama-sama merenung hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembalilah kepada apa yang dituntut oleh Islam.

Semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hinga ke akhirat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan