Wallpaper

Isnin, 15 Ogos 2011

3 Doa Rasulullah Shollallahu `alaihi wasallam


ALLAH MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH

`Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Maka kami pun turut serta solat bersama Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam.

Kemudian Rasulullah berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah subhanahu wa taala.

Setelah selesai baginda berdoa maka Rasululllah pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1.      Aku telah bermohon kepada Allah supaya Ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

2.      Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh). Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

3.      Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku ini tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan sesama Islam). Tetapi permohonanku ini telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

*Apa yang kita lihat hari ini ialah Negara-negara Islam sendiri bergaduh satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang,   Apakah ini cantik di mata kita?  

     (marilah kita berdoa kepada Allah agar kita tidak dibinasakan dengan pergaduhan sesama kita)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan