Wallpaper

Selasa, 16 Ogos 2011

Adab Dengan Pemimpin


Umat Islam bukan sahaja diperintahkan mentaati Allah dan rasul tetapi juga pemimpin sebagaimana firman Allah yang berbunyi…



Maksudnya :
            “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
(An-Nisa’ :59)

ADAB-ADAB DENGAN PEMIMPIN

1.       Mentaati pemimpin.
Taat kepada pemimpin selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan kemungkaran dan kejahatan.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Daripada Abu Hurairah radhiyallahu`anhu berkata, Rasulullah shollallah `alaihi wasallam bersabda ; ‘Sesiapa yang mengingkari pemimpin, sesungguhnya dia mengingkariku’.”
(Muttafaqun `Alaih)

2.       Menghormati dan menyayangi pemimpin.
Setiap pengikut atau rakyat hendaklah menghormati dan menyayangi pemimpin sepertimana dia menyayangi saudara seislamnya yang lain.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik radhiyallahu`anhu khadam Rasulullah daripada Rasulullah shollallah `alaihi wasallam yang bersabda ; ‘Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri’.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3.       Menjaga maruah pemimpin.
Pengikut atau rakyat dilarang mencemuh dan memburuk-burukkan pemimpin kerana mereka telah diamanahkan untuk menjadi pemimpin.
Firman Allah…



Maksudnya :
            Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Al-Hujurat : 11)

4.       Memberi kerjasama.
Memberi kerjasama kepada pemimpin untuk mempertahankan Negara daripada musuh dan membangunkan Negara.
Firman Allah yang berbunyi…



Maksudnya :
            “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(Al-Maaidah : 2)

5.       Memberi teguran melalui saluran yang tertentu.
Pengikut atau rakyat boleh memberi teguran dan nasihat kepada pemimpin dengan cara yang berhikmah dan bijaksana jika sekiranya pemimpin melakukan kesilapan.
Sabda Rasulullah yang bermaksud ;
            “Daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Dari radhiyallahu`anhu sesungguhnya Rasulullah shollallah `alaihi wasallam bersabda : ‘Agama itu nasihat’. Kami bertanya, kepada siapa?, Baginda menjawab : ‘Kepada Allah, kitabNya, rasulNya dan pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang yang mereka pimpin’.”
(Riwayat Muslim)

6.       Menziarahi.
Menziarahi pemimpin adalah penting sebagai tanda sokongan dan hormat kepad mereka.
Sabda Rasulullah yang bermaksud ;
            “Daripada Abu Hurairah radhiyallahu`anhu Rasulullah shollallah `alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa yang mendatangi orang yang sakit atau menziarahi saudaranya pada jalan Allah, nescaya dua orang akan memanggilnya ; bagus engkau, bagus perjalananmu dan engkau telah menyediakan tempat di syurga’.”
(Riwayat At-Tirmizi)

7.       Memberi sumbangan.
Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran, tenaga, harta kepada pemimpin dalam membangunkan Islam dan Negara.
Contohnya idea menggali parit oleh Salman al-Farisi dalam peperangan Khandak dan sumbangan harta benda oleh para sahabat dalam peperangan Tabuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan