Wallpaper

Memaparkan catatan dengan label Nota Bahtera Hamba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Bahtera Hamba. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Februari 2012

caiYoOK~ --> redhoNya



قال رسول الله :

احفظ الله يحفظك ,
احفظ الله تجده تجاهك ,
إذا سألت فاسأل الله ,
 و إذا استعنت فاستعن بالله ,
واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء
لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ,
وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء
لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك ,
رُفعت الأقلام وجفت الصحف

“ Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara kamu ,
Peliharalah larangan Allah nescaya kamu dapati ia selalu di hadapanmu ,
Apabila kamu memintahendaklah kamu meminta pada Allah ,
Dan bila kamu memohon pertolongan hendaklah memohon dari Allah ,
Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi manfaat kepada mu
Mereka tidak dapat memberinya melainkan apa yang telah Allah tentukan untukmu ,
Dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan sesuatu keburukan ke atasmu ,
Tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan telah ditentukan oleh Allah ,
Kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya) ”

******************************
:: bersama mencari, menuju dan berusaha ke arah keREDHAan Allah ::
caiYoOK~ --> redhoNya



Jumaat, 10 Februari 2012

Dia Nabi Ku…



12 Rabiul Awwal merupakan ulangtahun kelahiran baginda Rasul. Bila sampai ke angka tersebut pasti kedengaran suara-suara yang menanyakan, mempertikaikan serta ada yang membantah Perayaan Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan serta dianjurkan di merata pelusuk tanah air.
Boleh kah kita menyambut nya??
Itu lah persoalan nya…
******************************
Sahabat sekalian yang dirahmati Allah,
Kita tidak pula pernah menanyakan diri kita sendiri tentang mengapa kita menyambut dan meraikan hari kelahiran kita sendiri.
Kita juga tidak pula memarahi apabila ada orang belikan kek, hadiah dan mengadakan jamuan untuk meraikan serta menyambut ulangtahun kelahiran kita.
Bahkan ada yang rasa teruja diraikan sedemikian. =)

Namun sebaliknya berlaku apabila ia berkaitan dengan Maulidur Rasul.
Perdebatan demi perdebatan. Perbahasan demi perbahasan hukum diadakan.

Walhal
Dia Nabi Kita
Dia Pemberi Syafaat kepada Kita
Dia Contoh Teladan Kita
Dia Pemimpin Kita
Dan
Kita adalah Ummatnya…

Prof Dr Yusuf Al Qardhawi telah menyatakan bahawasanya menyambut Maulidur Rasul adalah HARUS dengan tujuan mengenal dan mengenang baginda Rasul shollallahu `alaihi wasallam.
Qatadah berkata, aku pernah mendengar Anas bin Malik berkata bahawasanya Rasulullah bersabda :
“ 3 perkara, barangsiapa yang di dalam dirinya terdapat tiga perkara ini nescaya dia akan merasakan manisnya iman ; [1] Allah dan Rasul lebih dicintainya daripada segala sesuatu [2] Orang yang mencintai seseorang semata-mata kerana Allah [3] Dia lebih mencintai / memilih dilemparkan ke dalam nyalaan api daripada kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah darinya.”
******************************

Sama-sama kita renungkan…



:: Ayuh Jadi Mukmin Yang Sejati ^_^ ::

Isnin, 23 Januari 2012

Adab Ziarah




[1]     Jangan ziarah pada waktu selepas Subuh (pagi-pagi buta).                                        > takut-takut tuan rumah tak sempat nak bersiap..                                                        > mungkin ada anak-anak tuan rumah yang tak bangun tidur lagi                                   > dan sedang bergelimpangan di ruang tamu.

[2]     Jangan ziarah pada waktu makan                                                                           > yang kita mengetahui bahawa waktu tersebut adalah waktu tuan rumah sedang makan.

[3]     Jangan ziarah pada waktu Maghrib.                                                                        > waktu ni kan waktu kita bersiap-siap, mandi nak solat, nak masak dll.

[4]     Jangan ziarah pada waktu selepas Isyak.                                                               > waktu ni macam biasa, kita dh mula hampar tmpt tidur.


Selasa, 10 Januari 2012

Aurat Ohh Aurat !!


Aurat (Arab: عورة) merupakan istilah Islam yang melambangkan
sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan.
Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya.

Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.




"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(AnNur : 30-31)



Satu analogi yang banyak didapati dari laman sosoial mukabuku mengenai aurat.. 
Ayuh sama-sama kita renungkan… =)
**********

Azmi adalah seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun [darjah 6] telah bertanya kepada Ustazah Husna semasa di dalam kelas pendidikan islam...

Azmi                      : Ustazah Husna, kalau kita pegang babi.. boleh tak ustazah?

Ustazah Husna        : tak boleh. Sebab babi tu najis mughallazah..

Azmi                      : Kalau tengok je babi tu.. berdosa tak, ustazah?

Ustazah Husna        : Kalau tengok je..tak lah berdosa..

Azmi                      : Kalau kita tengok perempuan yang tak tutup aurat, berdosa tak Ustazah Husna?

Ustazah Husna        : Kalau perempuan yang tak tutup aurat, kita tengok.. BERDOSA!.. kalau dah tengok pun berdosa..kalau kita pegang lagi lah berdosa Azmi......

Azmi                      : Oo..maknanya perempuan yg tak tutup aurat tu lebih teruk dari binatang tu la ye Ustazah Husna..

Ustazah Husna        : erkk..........~~!!

Azmi                      : Kalau lebih teruk dari binatang tu..kategori najis ape ye Ustazah Husna???

manusia sebenarnya mulia...ttp manusia sendri yg mmilih jalan utk mnjadikan drinya lebih hina drpd binatang.. Nauzubillah :')

**********

Wanita yang menutup auratnya sebenarnya bukan sahaja menyelamatkan dirinya…

Dia juga bukan hanya mendapat ganjaran menutup auratnya…

Dia juga turut mendapat ganjaran kerana membantu kaum Adam…

Apa bantuannya??

Dia membantu si Adam dalam perihal menjaga dan menundukkan pandangan… Maka bagi si wanita penutup aurat satu lagi kebajikan.

Dia turut membantu si Adam menjaga kehormatan mereka… Maka bagi si wanita penutup aurat satu lagi kebajikan.

Dia juga turut memudahkan soal siasat Allah terhadap ayahnya, suaminya, abangnya dan adik lelakinya… Maka bagi si wanita penutup aurat satu lagi kebajikan.

Dan banyak lagi yang kita sama-sama boleh fikirkan…

**********
Namun begitu, yang manakah aurat wanita yang sebenarnya??

Memakai tudung tak semestinya sudah menutup aurat,

Wanita selalu kata pakai tudung labuh panas,

So, diorang pakai tudung singkat,

Memakai tudung bukan sebab nak tutup rambut,

Rambut tu bukan aurat yang hakiki wanita,

Kalau rambut tu aurat,

Cukur buang la rambut,

Selesai masalah tak payah pakai tudung dah.

sama-sama kita renung dan fikir~~
**********


:: Ayuh ke arah menjadi sebaik-baik ciptaan ::






Isnin, 15 Ogos 2011

15 Maksiat Sebab Turunnya Bala


Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Ali bin Abi Talib, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi mereka ditimpa bencana iaitu :

1.      Apabila harta Negara hanya beredar pada  orang yang tertentu sahaja.

2.      Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3.      Apabila zakat dijadikan hutang.

4.      Apabila suami memperturutkan kehendak isteri.

5.      Apabila anak derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

6.      Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya (memuliakan kawan melebihi ibu bapanya).

7.      Dan dia (si anak tadi) suka menjauhkan dirinya daripada ayahnya.

8.      Apabila suara sudah ditinggikan di dalam masjid (atau lebih ramai yang berbicara hal keduniaan di dalam masjid).

9.      Apabila yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah yang paling hina dalam kalangan mereka.

10.  Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan dan kezalimannya.

11.  Apabila khamar (arak) sudah diminum di merata tempat (menjadi biasa).

12.  Apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13.  Apabila para artis disanjung-sanjung (atau wanita dijemput menghiburkan lelaki).

14.  Apabila muzik banyak dimainkan (atau banyak wanita memainkan alat muzik).

15.  Apabila generasi umat akhir zaman melaknat (menyalahkan / menghina) generasi terdahulu (para sahabat, tabiin dan seterusnya).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angina merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”

Dunia pada hari ini telah membuat segala yang telah disabdakan Rasulullah, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Seandainya kita sama-sama merenung hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembalilah kepada apa yang dituntut oleh Islam.

Semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hinga ke akhirat.