Wallpaper

Memaparkan catatan dengan label Nota Saqofah Ukhrawiyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Saqofah Ukhrawiyah. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

Erti Puasa, Rukun dan Fardhu Puasa


Erti Puasa

Bahasa           
  • Menahan diri.
Syarak
  • Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dengan jalan yang       tertentu.

Rukun Puasa

Ada tiga:

  1. Orang yang berpuasa.
  2. Niat.
  3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.

Fardhu Puasa

Ada empat perkara:

  1. Niat.
  2. Menahan diri daripada makan dan minum.
  3. Menahan diri daripada jimak.
  4. Menahan diri daripada menyengajakan muntah.

Mari Berinteraksi dengan Al-Quran

Orang Islam berinteraksi dengan Al-Quran dengan cara:

  • Membaca Al-Quran sehingga khatam berulang-ulang kali.
  • Memahami makna / terjemahan semua ayat yang di baca.
  • Menyemak bacaannya agar betul dan tepat tajwid serta tartilnya.
  • Mentadabbur (mengamati, menghayati dan meneliti) panduan dan arahan yang ada di dalamnya.
  • Menghafal ayat-ayatnya sebanyak mungkin, sebaiknya lengkap 30 juzuk dan
  • Mengamalkan kandungan isi Al-Quran dalam kehidupan seharian serta
  • Mengajarkannya kepada orang lain.

" Sebaik baik kalian adalah yang mahu belajar Al-Quran dan mahu mengajarkannya" (Bukhari dan Ashabus Sunan)

 

Rabu, 13 Julai 2011

Rukun Islam


Ada 5 perkara :

1.      Mengakui dengan lidah tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. (mengucap dua kalimah syahadah)


2.      Mendirikan solat sehari semalam lima waktu.


3.      Menunaikan zakat.


4.      Berpuasa di bulan Ramadhan.


5.      Mengerjakan haji di Mekah bagi orang yang mampu.