Wallpaper

Memaparkan catatan dengan label Nota Insan Jamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Insan Jamil. Papar semua catatan

Isnin, 23 Januari 2012

Adab Ziarah




[1]     Jangan ziarah pada waktu selepas Subuh (pagi-pagi buta).                                        > takut-takut tuan rumah tak sempat nak bersiap..                                                        > mungkin ada anak-anak tuan rumah yang tak bangun tidur lagi                                   > dan sedang bergelimpangan di ruang tamu.

[2]     Jangan ziarah pada waktu makan                                                                           > yang kita mengetahui bahawa waktu tersebut adalah waktu tuan rumah sedang makan.

[3]     Jangan ziarah pada waktu Maghrib.                                                                        > waktu ni kan waktu kita bersiap-siap, mandi nak solat, nak masak dll.

[4]     Jangan ziarah pada waktu selepas Isyak.                                                               > waktu ni macam biasa, kita dh mula hampar tmpt tidur.


Rabu, 18 Januari 2012

Niaga + Jujur = Berkat




عن أبي سعيد الخدري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :
" التَّاجر الصَّدوق الأمين , مع النبيين و الصديقين و الشهداء "

Ertinya :
Daripada Abu Said al-Khudri radhiyallahu `anhu, dari Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda :
“ Peniaga yang jujur dan amanah itu akan dihimpunkan bersama dengan nabi-nabi dan para shiddiqin dan para syuhada’ (pada hari kiamat nanti)
[Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Berniagalah sejujurnya.
Carilah yang halal.
Sememanganya berniaga ini adalah antara sunnah Baginda Rasul.
Renung-renungkanlah


Isnin, 11 Julai 2011

Ukhuwwah Dalam Masyarakat


UKHUWWAH : TANGGUNGJAWAB KEMASYARAKATAN

            Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan ringkas.

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda :

“ Hak seorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya, (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila ia bersin dan bertahmid hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit, (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya, dan (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya ”.
(Hadis Riwayat Muslim)

            Hadis di atas menyatakan tanggungjawab-tanggungjawab yang ringkas untuk kita beramal dengannya agar terlaksan satu taklif kita iaitu taklif sebagai ahli masyarakat (ahli kejiranan)

6 Hak Muslim ke atas Muslim yang lain

1.      Hendaklah engkau memberi salam apabila engkau bertemu dengannya.
2.      Hadir semua majlis yang dianjurkannya apabila dijemput.
3.      Memberikan nasihat apabila ia meminta daripadamu.
4.      Bertashmit untuknya apabila ia bersin dan bertahmid.
5.      Ziarahi dia bila dia sakit.
6.      Iring jenazahnya apabila dia sudah meninggal dunia.

                                                  ( kepadaNya jualah kita kembali.... )

Harum Wangian Dari Celah Bibir


HIDUPKAN MASYARAKAT WANGI TUTUR KATA

            Mari sama-sama kita dalami sedikit sebuah hadis dari Baginda Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam berkisarkan tanggungjawab sebagai salah seorang ahli masyarakat yang hidup di akhir zaman ini

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu bahawasanya Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda : “ Jika ada seseorang berkata : “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak ”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi menjelaskan hadis ini seperti berikut :-
Larangan di atas (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak)

1.      Adalah HARAM untuk orang yang berkata dengan tujuan :

    Bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak.
    Merendah-rendahkan orang lain.
    Menganggap dirinya lebih mulia daripada mereka yang dikatakan rosak.

2.      Adalah perkataan yang TIADA SALAHnya untuk orang yang berkata kerana :

    Ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka ;
    Serta didorong perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka

Oleh kerana itu, apabila kita cuba berbicara dengan mengaitkan tentang kerosakan akhlak dengan reality umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan `ujub dengan diri kita sendiri bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan sesekali menuding jari kepada orang lain. Ingat! Sekali kita menuding kepada orang, empat lagi jari berbalik pada diri kita.

Jadi apabila mengetengahkan isu-isu sedemikian, maka lakukan dalam suasana yang sihat agar diri dan orang lain dapat bermuhasabah menjadi ahli masyarakat yang lebih baik bukannya ahli masyarakat yang suka merendah-rendahkan orang lain.

                                      ( moga kata-kata kita seharum kasturi )

 Mudah-mudahan Allah merahmati kehidupan kita dengan ditambahkan iman dan nikmatNya. Amiin.