Wallpaper

Memaparkan catatan dengan label Nota Haraki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Haraki. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Januari 2012

Perang ; Kenapa?




Allah memfardhukan jihad perang ke atas Muslimin bukanlah untuk menimbulkan permusuhan dan mengaut keuntungan peribadi daripadanya.

Jihad merupakan satu wasilah untuk menjaga dan memelihara dakwah, menjamin keamanan dan menunaikan risalah agung yang kesukaran jalannya amat dirasakan oleh Muslimin seluruhnya. Itulah risalah yang memberikan petunjuk kepada manusia ke arah kebenaran dan keadilan. Walaupun Islam mewajibkan peperangan, ia juga membangunkan keamanan.

Firman Allah



“ Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah AlAnfal : 61)

Seorang muslim yang keluar untuk berperang, akan menanamkan satu tekad ke dalam diri mereka iaitu berjihad demi menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi.

**********

:: Ayuh sama-sama kita tegakkan KALIMAH ALLAH ::



Isnin, 7 November 2011

Duhai Si Mujahid


Duhai Si Mujahid

Katanya kau seorang pejuang
Tapi ikhtilatmu tidak dijaga

Katanya kau seorang pejuang
Tapi kau masih assobiyyah

Katanya kau seorang pejuang
Tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu

Katanya kau seorang pejuang
Cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNya

Katanya kau seorang pejuang
Kau sibuk update isu semasa berbanding Al-Quran 1 juzuk sehari

Katanya kau seorang pejuang
Kau tak pun berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih layan muzik-muzik yang lagha

Katanya kau seorang pejuang
Tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

Katanya kau seorang pejuang
Kau lebih bela jemaah berbanding islam

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

Katanya kau seorang pejuang
Mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

Katanya kau seorang pejuang
Ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
Kau sering tinggal qiamullail bebanding mengamalkannya

Katanya kau seorang pejuang
Berapa banyak ummat yang kau ziarah?

Katanya kau seorang pejuang
Kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

Katanya kau seorang pejuang
Hidupmu masih senang lenang dan mewah

Katanya kau seorang pejuang
Kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

Katanya kau seorang pejuang
Kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

Katanya kau seorang pejuang
Kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

Katanya kau seorang pejuang ~ ;(

 اللهمّ ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

Jumaat, 2 September 2011

Rabu, 24 Ogos 2011

Monolog Diri Ini



Muhasabah Perjuangan

Engkau ingin berjuang ,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban

Engkau ingin berjuang,
Tapi hanya ingin jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran

Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,

Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan

Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang

Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan

Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan

Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan

Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan...

Sumber : Web Ketua DPPP- Ustaz Nasrudin bin Hassan at-Tantawi


Selasa, 16 Ogos 2011

Adab Dengan Pemimpin


Umat Islam bukan sahaja diperintahkan mentaati Allah dan rasul tetapi juga pemimpin sebagaimana firman Allah yang berbunyi…



Maksudnya :
            “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
(An-Nisa’ :59)

ADAB-ADAB DENGAN PEMIMPIN

1.       Mentaati pemimpin.
Taat kepada pemimpin selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan kemungkaran dan kejahatan.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Daripada Abu Hurairah radhiyallahu`anhu berkata, Rasulullah shollallah `alaihi wasallam bersabda ; ‘Sesiapa yang mengingkari pemimpin, sesungguhnya dia mengingkariku’.”
(Muttafaqun `Alaih)

2.       Menghormati dan menyayangi pemimpin.
Setiap pengikut atau rakyat hendaklah menghormati dan menyayangi pemimpin sepertimana dia menyayangi saudara seislamnya yang lain.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik radhiyallahu`anhu khadam Rasulullah daripada Rasulullah shollallah `alaihi wasallam yang bersabda ; ‘Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri’.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3.       Menjaga maruah pemimpin.
Pengikut atau rakyat dilarang mencemuh dan memburuk-burukkan pemimpin kerana mereka telah diamanahkan untuk menjadi pemimpin.
Firman Allah…



Maksudnya :
            Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Al-Hujurat : 11)

4.       Memberi kerjasama.
Memberi kerjasama kepada pemimpin untuk mempertahankan Negara daripada musuh dan membangunkan Negara.
Firman Allah yang berbunyi…



Maksudnya :
            “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(Al-Maaidah : 2)

5.       Memberi teguran melalui saluran yang tertentu.
Pengikut atau rakyat boleh memberi teguran dan nasihat kepada pemimpin dengan cara yang berhikmah dan bijaksana jika sekiranya pemimpin melakukan kesilapan.
Sabda Rasulullah yang bermaksud ;
            “Daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Dari radhiyallahu`anhu sesungguhnya Rasulullah shollallah `alaihi wasallam bersabda : ‘Agama itu nasihat’. Kami bertanya, kepada siapa?, Baginda menjawab : ‘Kepada Allah, kitabNya, rasulNya dan pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang yang mereka pimpin’.”
(Riwayat Muslim)

6.       Menziarahi.
Menziarahi pemimpin adalah penting sebagai tanda sokongan dan hormat kepad mereka.
Sabda Rasulullah yang bermaksud ;
            “Daripada Abu Hurairah radhiyallahu`anhu Rasulullah shollallah `alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa yang mendatangi orang yang sakit atau menziarahi saudaranya pada jalan Allah, nescaya dua orang akan memanggilnya ; bagus engkau, bagus perjalananmu dan engkau telah menyediakan tempat di syurga’.”
(Riwayat At-Tirmizi)

7.       Memberi sumbangan.
Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran, tenaga, harta kepada pemimpin dalam membangunkan Islam dan Negara.
Contohnya idea menggali parit oleh Salman al-Farisi dalam peperangan Khandak dan sumbangan harta benda oleh para sahabat dalam peperangan Tabuk.


Rabu, 13 Julai 2011

Raikan Kekurangan Pengikut


`IBRAH PEPERANGAN YARMOUK

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, bahawasanya Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda :

“ Apabila seseorang kamu menjadi imam solat berjamaah maka hendaklah ia meringkaskan solatnya, kerana ada dalam kalangan makmumnya itu orang yang lemah, orang sakit, orang tua, dan orang yang mempunyai hajat. Dan apabila seseorang kamu solat bersendirian maka terserah lah kepadanya untuk memanjangkan solatnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

            Bersandarkan kepada hadis di atas dapat kita ketahui bahawa Baginda Nabi mengingatkan kepada kita atau siapa-siapa saja yang mengetuai apa-apa pergerakkan, persatuan, pertubuhan dan yang lain-lain yang sama waktu dengannya agar mengambil berat akan kemampuan pengikut-pengikutnya yang berada di bawah kepimpinannya yang bergelar ketua. Sesungguhnya kemampuan seorang ketua untuk bertolak ansur dengan kekurangan orang lain adalah suatu perkara yang mesti diamalkan bagi mengekalkan keharmonian hidup berjemaah. Walaupun ketua itu mempunyai kekuatan tetapi hendaklah dia meraikan kemampuan orang lain agar wujud satu tindakan yang padu dan seragam.

            Jangan salah faham pulak, tidak bermaksud apabila seseorang yang kuat berkumpul dengan orang-orang yang lemah, maka dia akan menjadi lemah. Nabi menunjukkan cara memimpin yang betul dan saksama, yakni tujuannya adalah supaya yang kuat tadi membimbing dan membantu orang yang lemah  dengan penuh bijaksana dan kasih sayang.

            Sebagai tambahan, kita boleh merujuk kembali kepada sejarah peperangan Yarmouk; ketika peperangan tersebut Khalifah Umar Al Khattab radhiyallahu ` anhu terpaksa memecat Panglima Khalid Al Walid dan menggantikan dengan Abu Ubaidah Al Jarrah sebagai panglima perang yang baru. Perbuatan Khalifah Umar itu bukan kerana kelemahan yang ada dalam diri Khalid Al Walid  dalam menghadapi musuh tetapi kerana Khalid Al Walid sangat berani dalam menentang musuh sehingga tentera Islam yang lain tidak dapat mengikuti langkahnya. Lantas Khalifah pun mengambil tindakan yang sewajarnya (iaitu dengan menggantikan Khalid dengan Abu Ubaidah) kerana dilihatnya Abu Ubaidah (juga seorang yang berani) mampu meraikan kemampuan tentera Islam yang ada di belakangnya seterusnya meraih kejayaan.

            Hatta dalam solat Jemaah sekalipun seorang imam mesti meraikan keadaan makmumnya yang berbagai ragam dan  usia yang berbeza kekuatan dan kelemahan agar sama-sama si Imam dan sekalian makmum mendapat pahala ganjaran yang besar yang dijanjikan Allah bagi mereka yang solat secara berjemaah.

Akhirnya, jelas bahawasanya jamaah yang sedikit kelemahan itu lebih baik dari bersendirian dengan kekuatan yang luar biasa….