Wallpaper

Memaparkan catatan dengan label Nota Sunnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Sunnah. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

Cara Makan Rasulullah Shollallahu `alaihi wasallam

                                                           (doa sebelum makan)

Menjilat Jari Setelah Selesai Makan

Kaab bin Malik radhiyallahu anhu meriwayatkan bahawa :
"Adalah Rasulullah Shollallahu `alaihi wasallam menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali selepas makan."

Catatan :-
Selepas makan adalah mustahab (dipuji) menjilat jari-jari sebelum membasuh tangan. Menurut sebahagian ulama' menjilat jari tiga kali sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas adalah mustahab kerana jari akan bersih sepenuhnya.

Makan Menggunakan Tiga Jari

Kaab bin Malik meriwayatkan bahawa :
" Rasulullah makan dengan menggunakan tiga jari dan kemudian akan menjilat-jilat jari-jari tersebut selepas makan"

                                                        (doa selepas makan)


Ahad, 10 Julai 2011

Kebersihan Sebahagian Daripada Iman


FITRAH KEBERSIHAN RASULULLAH SHOLLALLAHU `ALAIHI WASALLAM

1)      Memotong misai.
2)      Membiarkan janggut (tidak dipotong).
3)      Bersiwak.

4)      Mencuci lubang hidung.
5)      Memotong kuku.


6)      Mencuci celah-celah jari.
7)      Mencabut bulu ketiak.
8)      Mencukur bulu ari-ari.
9)      Beristinja’.
10)  Berkumur-kumur.

Daripada Aisyah radhiyallahu `anha berkata : 
Bersabda Rasulullah Shollallahu `alaihi wasallam :

“ Sepuluh perkara termasuk dari fitrah (sunnah Rasulullah Shollallahu `alaihi wasallam) pertama memotong misai. Kedua membiarkan janggut (tidak dipotong). Ketiga bersiwak. Keempat mencuci lubang hidung. Kelima memotong kuku. Keenam mencuci celah-celah jari. Ketujuh mencabut bulu ketiak. Kelapan mencukur bulu ari-ari. Kesembilan beristinja’. Berkata perawi hadits ini : Saya lupa yang kesepuluh. Rasanya ialah berkumur-kumur.”
(Hadits Riwayat Muslim)

Dan daripada Abu Malik al-Asy`ari radhiyallahu `anhu berkata : bersabda Rasulullah Shollallahu `alaihi wasallam :

“ Bersuci itu sebahagian daripada iman”.
(Hadits Riwayat Muslim)

Kebersihan itu fitrah semula jadi manusia dan merupakan sebahagian daripada cabang-cabang kesempurnaan iman. Samada kebersihan itu pada diri, tempat , pakaian, persekitaran mahupun kebersihan hati dari sifat-sifat mazmumah yang boleh menjuruskan kita ke dalam lubang neraka ; seperti riya’ dan ujub.