Wallpaper

Memaparkan catatan dengan label Nota Fikri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Fikri. Papar semua catatan

Selasa, 24 Januari 2012

Allahu Rabbi




Walau di mana kita berada
Biarlah Allah sentiasa di hati
Kerana Allah lah yang menjaga kita
Kerana Allah lah yang memberi udara
Kerana Allah lah yang memberi rezeki
Kerana Allah lah yang membekalkan air
Kerana Allah lah yang menurunkan hujan
Kerana Allah lah yang menghidupkan tanaman
Kerana Allah lah yang memberi rasa kenyang
Kerana Allah lah yang memberikan penglihatan
Kerana Allah lah yang memberikan pendengaran
Kerana Allah lah yang memberi kasih sayang
Allah Maha Baik



Selasa, 2 Ogos 2011

Pesta Cahaya di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, sekali lagi kita dikurniakan umur untuk menghirup udara yang segar di bulan yang penuh kemuliaan ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit nota mengenai tazkirah yang saya terima dari ustaz sebentar tadi.

Sebelum itu sedarkah sahabat sekalian, malam di bulan yang mulia ini amat berbeza dengan malam-malam di sebelas bulan yang lain. Suka sekali saya melihatnya. Jalan-jalan dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan. Hal ini demikian, kerana umat Islam sibuk menghadiri suatu pesta cahaya yang diadakan di pelusuk negara. Itulah yang dapat saya gambarkan, masjid-masjid yang diterangi lampu neon yang berwarna-warni, ahli-ahli jamaah yang hadir dengan pakaian yang bersinar-sinar semata-mata untuk memenuhi tuntutan Solat Sunat Tarawih di kawasan-kawasan atau qariah masing-masing ; umpama Pesta Cahaya di Bulan Ramadhan.



Namun begitu sedarkah kita, bahawa sebelum hadirnya Ramadhan, kita telah atau seolah-olah lupa tentang kewujudan masjid-masjid di sekitar kita.

Sebagai muhasabah, renungilah hadis ini

Dari Anas bin Malik radhiyallahu `anhu bahawasanya Rasulullahi shollallahu `alaihi wasallam bersabda : " Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid" [HR Abu Daud]


Sedikit huraian..
Antara tanda hampirnya qiamat adalah apabila kita umat nabi Muhammad hanya bermegah-megah dengan binaan masjid yang kita sendiri bina. Perhatian kita hanya pada keindahan luaran masjid itu sahaja tidak terhadap pengisian di dalamnya seperti solat jamaah dan aktiviti ibadat, perpaduan dan lain-lain.

Sekarang dapat kita lihat, berapa banyak masjid yang besar, cantik lagi indah dibina tetapi berapa kerat pula manusia yang hadir untuk mengimarahkannya.

Maka sekali lagi saya menyeru kita agar merafa' kan setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana mendatangkan Ramadhan kerana dengannya kita dapat menyedari sesuatu, mempelajari sesuatu, menginsafi diri, menambah amal dan sebagainya. Maka ada benarnya mengapa wujud segelintir manusia yang menggelarnya sebagai Madrasah Ramadhan. Sama-samalah kita menghimpunkan amal, segerakan taubat. Ya Allah jauhkan kami dari azab api neraka.


Ahad, 10 Julai 2011

Lihatlah Langit

TERTEGAK MEGAH TANPA TIANG


Mari sama-sama kita renung kehebatan da kekuasaan Allah subhanahu wa taala. Dia menjadikan langit tanpa tiang dan tidak runtuh-runtuh dan kekal kukuh di atas sedang kan kita manusia membina bangunan yang tinggi-tinggi dengan membenamkan sedalam-dalam mungkin cerucuk-cerucuk yang berkualiti bagi memperteguhkan binaan. Namun saban hari kita lihat banyak bangunan-bangunan tersebut runtuh dek malapetaka yang tidak disangka sedang ketika itu langit tetap kukuh tanpa tercalar sedikit pun dek bencana tersebut.




Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
                                                                                                                                        (Ar Ra'du : 2)


                                           ( ada kalimah Allah di langit.. Subhanallah )



                       ( matahari yang Allah jadikan supaya memberi manfaat kepada seluruh makhluknya ) 

Namun ada juga segelintir manusia yang membutakan matanya dari melihat kebesaran ini hanya semata-mata tunduk kepada hawa nafsu dan mengejar keduniaan. Maka sesungguhnya mereka dari golongan yang rugi.