Wallpaper

Rabu, 13 Julai 2011

Jerebu


IPU SEDERHANA

Putrajaya – Sebanyak 43 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga 5 petang semalam berbanding hanya 36 kawasan pada 11 pagi.

            Kawasan bukit Rambai, Melaka dan Nilai di Negeri Sembilan antara lokasi IPU tertinggi dengan masing-masing 83 dan 80 manakala Muar, Tanah Merah, Bandaraya Melaka, Port Dickson, Balok Baru di Kelantan, Batu Muda di Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang, Banting, Kuala Selangor dan Shah Alamyang merekodkan IPU antara 70 hingga 79.

            Fenomena jerebu itu, sama seperti yang melanda Pulau Pinang minggu lalu, dikatakan akibat pembakaran terbuka di Sumatera , Indonesia.

Bacaan IPU :

Ø  0 – 50              : adalah baik.
Ø  51 – 100          : sederhana.
Ø  101 – 200        : tidak sihat.
Ø  201 – 300        : sangat tidak sihat.
Ø  300 ke atas      : berbahaya.

Sumber >> Kosmo 12 Julai 2011


Selasa, 12 Julai 2011

Kuatkan Kubu Pertahanan Anda!!


CARA-CARA MENGHALANG GODAAN SYAITAN

Ada pelbagai cara untuk berperang dengan godaan syaitan ni, di sini saya ingin berkongsi sedikit berkenaannya yang saya ketahui.

1.      Jangan makan terlalu kenyang walaupun makanan itu baik dan banyak khasiatnya serta halal.

Firman Allah yang bermaksud :

“ Makanlah dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebihan.”
(Al-A’raf : 31)

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam menganjurkan kita supaya memperbanyak amalan puasa sunat bagi menghadapi serangan-serangan musuh yang bernama syaitan itu.

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah ia dengan kelaparan.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

                                         (makan jangan gelojoh, pelan-pelan baca doa dulu)

2.      Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan sebagaimana yang di suruh Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam.

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka bila jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah, syaitan akan mengunyah hatinya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)


3.      Tidak tergopoh-gopoh dalam sebarang pekerjaan.

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

“ Bergopoh-gopoh (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati daripada Allah.”


Gerbang Godaan Syaitan


10 PINTU MASUK SYAITAN

Sudahkah ditutup dan dikunci semahunya??

            Islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi hasutan dan serangan-serangan Iblis. Sekiranya manusia menurut panduan tersebut, InsyaAllah manusia berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut telah di rumuskan oleh seorang daripada para solihin dengan katanya :

“ Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh pintu.”

Pertama :
Tamak dan buruk sangka.
Ø  Maka dihadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada-pada dengan apa yang ada.

Kedua :
Cintakan kehidupan dunia dan angan-angan.
Ø  Lalu  dihadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh tiba-tiba menjemputku bila-bila masa sahaja.

Ketiga :
Cintakan kerehatan dan kemewahan.
Ø  Lantas hadapilah dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

Keempat :
Kagum terhadap diri sendiri (`ujub).
Ø  Maka hadapilah dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yang buruk.

Kelima :
Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka.
Ø  Lalu dihadapi dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam :
Hasad (dengki)
Ø  Hadapi dengan sifat berpada (qana`ah) dan redho terhadap kurnian Allah kepada makhlukNya.

Ketujuh :
Riya’ dan suka akan pujian.
Ø  Hadapinya dengan mengenali ikhlas.

Kelapan :
Bakhil (kedekut).
Ø  Maka dihadapi dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan :
Takabbur (membesar diri).
Ø  Lalu hadapinya dengan perasaan tawadhuk (merendah diri).

Kesepuluh :
Tamak haloba.
Ø  Hadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.