SEMAK KEPUTUSAN UPU LEPASAN STPM / SETARAF 2011 / 2012
Semak keputusan UPU ke IPTA (Ijazah Pertama) mulai 12.00 tengah 15 Julai 2011
1. melalui internet :
layarilah http://upu.mohe.gov.my
2. melalui sms :
taip UPU RESULT [No KP] dan hantar ke 15888
Isnin, 11 Julai 2011
Ukhuwwah Dalam Masyarakat
UKHUWWAH : TANGGUNGJAWAB KEMASYARAKATAN
Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan ringkas.
Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda :
“ Hak seorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya, (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila ia bersin dan bertahmid hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit, (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya, dan (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya ”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Hadis di atas menyatakan tanggungjawab-tanggungjawab yang ringkas untuk kita beramal dengannya agar terlaksan satu taklif kita iaitu taklif sebagai ahli masyarakat (ahli kejiranan)
6 Hak Muslim ke atas Muslim yang lain
1. Hendaklah engkau memberi salam apabila engkau bertemu dengannya.
2. Hadir semua majlis yang dianjurkannya apabila dijemput.
3. Memberikan nasihat apabila ia meminta daripadamu.
4. Bertashmit untuknya apabila ia bersin dan bertahmid.
5. Ziarahi dia bila dia sakit.
6. Iring jenazahnya apabila dia sudah meninggal dunia.
( kepadaNya jualah kita kembali.... )
Harum Wangian Dari Celah Bibir
HIDUPKAN MASYARAKAT WANGI TUTUR KATA
Mari sama-sama kita dalami sedikit sebuah hadis dari Baginda Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam berkisarkan tanggungjawab sebagai salah seorang ahli masyarakat yang hidup di akhir zaman ini
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu bahawasanya Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda : “ Jika ada seseorang berkata : “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak ”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi menjelaskan hadis ini seperti berikut :-
Larangan di atas (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak)
1. Adalah HARAM untuk orang yang berkata dengan tujuan :
☻ Bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak.
☻ Merendah-rendahkan orang lain.
☻ Menganggap dirinya lebih mulia daripada mereka yang dikatakan rosak.
2. Adalah perkataan yang TIADA SALAHnya untuk orang yang berkata kerana :
☻ Ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka ;
☻ Serta didorong perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka
Oleh kerana itu, apabila kita cuba berbicara dengan mengaitkan tentang kerosakan akhlak dengan reality umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan `ujub dengan diri kita sendiri bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan sesekali menuding jari kepada orang lain. Ingat! Sekali kita menuding kepada orang, empat lagi jari berbalik pada diri kita.
Jadi apabila mengetengahkan isu-isu sedemikian, maka lakukan dalam suasana yang sihat agar diri dan orang lain dapat bermuhasabah menjadi ahli masyarakat yang lebih baik bukannya ahli masyarakat yang suka merendah-rendahkan orang lain.
( moga kata-kata kita seharum kasturi )
Mudah-mudahan Allah merahmati kehidupan kita dengan ditambahkan iman dan nikmatNya. Amiin.
Langgan:
Catatan (Atom)

