Wallpaper

Selasa, 12 Julai 2011

Gerbang Godaan Syaitan


10 PINTU MASUK SYAITAN

Sudahkah ditutup dan dikunci semahunya??

            Islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi hasutan dan serangan-serangan Iblis. Sekiranya manusia menurut panduan tersebut, InsyaAllah manusia berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut telah di rumuskan oleh seorang daripada para solihin dengan katanya :

“ Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh pintu.”

Pertama :
Tamak dan buruk sangka.
Ø  Maka dihadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada-pada dengan apa yang ada.

Kedua :
Cintakan kehidupan dunia dan angan-angan.
Ø  Lalu  dihadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh tiba-tiba menjemputku bila-bila masa sahaja.

Ketiga :
Cintakan kerehatan dan kemewahan.
Ø  Lantas hadapilah dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

Keempat :
Kagum terhadap diri sendiri (`ujub).
Ø  Maka hadapilah dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yang buruk.

Kelima :
Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka.
Ø  Lalu dihadapi dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam :
Hasad (dengki)
Ø  Hadapi dengan sifat berpada (qana`ah) dan redho terhadap kurnian Allah kepada makhlukNya.

Ketujuh :
Riya’ dan suka akan pujian.
Ø  Hadapinya dengan mengenali ikhlas.

Kelapan :
Bakhil (kedekut).
Ø  Maka dihadapi dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan :
Takabbur (membesar diri).
Ø  Lalu hadapinya dengan perasaan tawadhuk (merendah diri).

Kesepuluh :
Tamak haloba.
Ø  Hadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan