Wallpaper

Jumaat, 8 Julai 2011

Pesanan Kedua (Rasulullah >> Abu Dzar Al Ghifari)

7 Pesan Nabi Muhammad Shollallahu `alaihi Wasallam kepada Abu Dzar

ii.                    Lihatlah kepada orang yang berada di bawah dan tidak melihat kepada orang yang berada di atas

Seterusnya, nabi berpesan supaya melihat kepada orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita, dan jangan melihat kepada orang yang lebih atas.
Orang yang berada di atas yang dimaksudkan oleh Baginda Rasul adalah orang-orang yang kaya, yang lebih berkemampuan dalam hidupnya.
Maka Baginda Rasul melarang dan tidak menggalakkan kita membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang yang lebih senang.

Saya bawakan satu contoh :

Yang berjalan kaki, melihat kepada yang menunggang motosikal
Yang menunggang motosikal, melihat kepada yang menaiki kereta
Yang menaiki kereta pula melihat kepada yang menaiki kereta yang lebih baik daripadanya (kancil lihat mers / vios)
Dan seterusnya…
Dalam keadaan hati berkata-kata
“ kalaulah aku ada kereta yang macam tu..”
“ kalaulah aku ada moto senanglah sikit x lah hidup macam ni..”



Inilah yang dilarang oleh nabi. Bila kita yang susah lihat kepada mereka yang senang maka hati kita yang hidup susah akan mengeluh yang boleh menyebabkan kita jauh dari rasa syukur kepada Allah sehingga kita lupa akan nikmat Allah yang ada berdekatan kita kerana asyiknya kita mengira nikmat orang lain.
Jika sekiranya kita begini, maka tergolonglah kita dalam golongan orang yang kufur nikmat yakni tidak mensyukuri nikmat yang ada dan sering mengeluh kerana tidak mendapat nikmat seperti yang orang lain terima. 

Firman Allah dalam kitabNya :

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” (Al Baqarah : 152)



Tetapi apa yang Baginda Rasul mahukan daripada kita ummatnya adalah melihat kepada orang yang di bawah atau orang yang lebih rendah martabatnya di sisi manusia. Iaitu orang yang hidupnya lebih susah, lebih sengsara, kais pagi makan pagi kais petang makan petang supaya dengan perbuatan yang demikian dapat menambahkan syukur dan mengukuhkan iman dan hati dari berpaling dari jalan Allah.
Tetapi ingat boleh jadi orang yang rendah martabatnya disisi manusia tinggi martabat nya disisi Allah, boleh jadi orang yang tidak dipandang di dunia menjadi sebutan oleh penghuni langit.

Firman Allah dalam kitabNya :

“…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”

Bagaimana amalan melihat kepada orang di bawah kita boleh mengukuhkan iman kita?? Ya mungkin kita tertanya-tanya kan…
            Keadaannya seperti di atas ; tutur kata hati kita yang memainkan peranan. Apa yang hati akan kata apabila melihat kepada orang yang lebih susah daripada kita. Tentulah “Alhamdulillah, aku ada jugak motosikal ni walaupun dah buruk boleh jugak guna bawak ke pecan. Kesian dekat mak cik tu naik basikal ja, moga Allah murahkan rezeki mak cik tu..”
Hal yang demikian, menyebabkan bertambah iman dan hati menjadi makin kukuh kerana timbul sifat-sifat yang mahmudah seperti syukur, qanaah, saying kepada orang yang lebih susah, suka mendoakan saudara muslim yang lain dan lain-lain.

                                 (naik bas pun x pe.. tak payah bayar duit minyak, syukur Alhamdulillah )

########## tapi ingat ##########

Melihat kepada orang yang di bawah  dan jangan melihat kepada orang yang di atas hanya dalam HAL DUNIAWI sahaja.

Dalam hal Ukhrawi/hal-hal akhirat seperti ibadat untuk mengumpul bekalan Akhirat nabi memerintahkan kita supaya melihat kepada orang yang di atas, dan jangan melihat kepada orang yang di bawah.
            Tujuannya supaya kita berlumba-lumba mempersiap diri memperbanyak amalan dan bekalan untuk melangkah ke alam yang seterusnya. Contohnya solat berjemaah ; selalu kita lihat apabila ada saf di hadapan yang kosong, mesti ada yang buat tawar menawar untuk mengisi saf yang kosong di hadapan, sedangkan yang sepatutnya kita berebut-rebut untuk ke saf paling hadapan. Tidakkah kita belajar daripada sirah?? Bagaimana para sahabat nabi berebut-rebut untuk solat di saf pertama sehingga terpaksa mencabut undi.



Firman Allah :

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa” (Ali Imran : 133)

Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan