Wallpaper

Isnin, 11 Julai 2011

Harum Wangian Dari Celah Bibir


HIDUPKAN MASYARAKAT WANGI TUTUR KATA

            Mari sama-sama kita dalami sedikit sebuah hadis dari Baginda Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam berkisarkan tanggungjawab sebagai salah seorang ahli masyarakat yang hidup di akhir zaman ini

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu bahawasanya Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda : “ Jika ada seseorang berkata : “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak ”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi menjelaskan hadis ini seperti berikut :-
Larangan di atas (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak)

1.      Adalah HARAM untuk orang yang berkata dengan tujuan :

    Bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak.
    Merendah-rendahkan orang lain.
    Menganggap dirinya lebih mulia daripada mereka yang dikatakan rosak.

2.      Adalah perkataan yang TIADA SALAHnya untuk orang yang berkata kerana :

    Ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka ;
    Serta didorong perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka

Oleh kerana itu, apabila kita cuba berbicara dengan mengaitkan tentang kerosakan akhlak dengan reality umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan `ujub dengan diri kita sendiri bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan sesekali menuding jari kepada orang lain. Ingat! Sekali kita menuding kepada orang, empat lagi jari berbalik pada diri kita.

Jadi apabila mengetengahkan isu-isu sedemikian, maka lakukan dalam suasana yang sihat agar diri dan orang lain dapat bermuhasabah menjadi ahli masyarakat yang lebih baik bukannya ahli masyarakat yang suka merendah-rendahkan orang lain.

                                      ( moga kata-kata kita seharum kasturi )

 Mudah-mudahan Allah merahmati kehidupan kita dengan ditambahkan iman dan nikmatNya. Amiin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan