Wallpaper

Khamis, 7 Julai 2011

Pesanan Pertama (Rasulullah >> Abu Dzar Al Ghifari)

Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai pesanan baginda Rasulullah kepada sahabat baginda; Abu Dzar Al Ghifari yang kita ketahui bahawasanya Abu Dzar ini seorang yang suka menanyakan soalan dan meminta nasihat serta tunjuk ajar setiap kali beliau bertemu dengan baginda Rasul…

(Demikian yang hendak diketengahkan ini sebenarnya adalah sebuah hadis, namun saya hanya memetik maksudnya sahaja dan diolah kepada bentuk nota supaya mudah difahami)

7 Pesan Nabi Muhammad Shollallahu `alaihi Wasallam kepada Abu Dzar

i.                    Hendaklah kamu mencintai orang-orang yang miskin dan mendekati mereka.

Apakah sebabnya nabi menyarankan supaya mencintai dan mendekati orang-orang miskin??
Jawapannya adalah kerana orang-orang yang miskin adalah antara golongan yang dimakbulkan doa mereka (Allah terima doa mereka tanpa hijab di langit). Orang-orang miskin yang ahli solat lah..
           
            “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang-orang yang beriman
Dan jangan kamu memberi makan makanan kamu melainkan kepada orang yang bertaqwa”

                                             (berapa ramai dah orang miskin yang kita dah bagi makan)

Maksud hadis yang ringkas ini memberi jawapan kepada kita orang miskin yang macam mana sepatutnya kita dekati dan kita cintai ; iaitu orang miskin yang beriman dan bertaqwa.

Dekati mereka bermaksud berkawan dengan mereka. Kan dah kita selalu dengar berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita akan turut menjadi wangi. Begitulah perumpamaannya berkawan dengan orang miskin yang beriman, kita tidak akan menjadi miskin tetapi menjadi kaya..kaya iman.
Percaya atau tidak?? Lihat lah kepada orang-orang miskin di sekeliling kita… bagaimana cara hidupnya… berapa ramai orang miskin harta menjadi penghuni syurga?? Dan berapa ramai orang yang kaya harta menjadi penghuni syurga pula??
Sama-sama kita renungkan…

Keaadaan miskin harta menyebabkan orang-orang miskin berlumba-lumba untuk menjadi kaya yakni kaya iman.. lihatlah betapa kerapnya mereka mengucapkan Alhamdulillah, terima kasih Allah sehari  jika dibandingkan dengan orang yang senang  yang sepatutnya lebih mudah perasaan syukur itu melekat di hati.

Jadi, kesimpulan kecilnya…apabila kita berkawan dengan orang yang beriman maka akan bertambah iman kita, jangan melihat kepada pangkat miskinnya, jika dilihat juga nescaya akan wujud perasaan sombong dan bongkak. Apalah gunanya sombong dan bongkak sesama makhluk??

                                                             (sombongkah kita terhadap orang2 miskin?? fikir-fikirkanlah)


Apa yang kita kejar adalah ketengan hidup di dunia…


Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan