Wallpaper

Sabtu, 9 Julai 2011

Pesanan Ketiga (Rasulullah >> Abu Dzar Al Ghifari)

7 Pesan Nabi Muhammad Shollallahu `alaihi Wasallam kepada Abu Dzar

iii.                    Menyambungkan silaturrahmi walaupun mereka kasar dan membenci terhadap diriku(Abu Dzar)



Saban hari kita sering mendengar masyarakat melaung-laungkan slogan silaturahim
dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Contohnya memberi dan menjawab salam, berbalas-balas hantaran makanan, dan ada juga yang menggambarkan silaturrahmi itu sebagai duduk berkumpul bersembang-sembang sambil mencecah buah mempelam dibawah pokok yang rendang.

Sedar tak bahawa silaturrahmi itu terdiri dari dua kosa kata :

1.      Silah    : hubungan / menghubungkan
2.      Rahmi  : kasih sayang / lembut

Maka bila dicantum jadilah maknanya

Silaturrahmi : Menyambung persaudaraan atau menyambung tali kasih sayang.

Jadi, pesanan ketiga Nabiyyina Muhammad Shollallahu `alaihi wasallam kepada sahabat Baginda Abu Dzar adalah menyambungkan silaturrahmi walaupun yang nak disambungkan silaturrahmi itu amat membencinya.
            Banyak kelebihan dan fadhilat menyambungkan silaturrahmi ni. Itulah sebabnya Nabi amat menekannya dalam banyak hadis sabdaan baginda walaupun sahabat yang kita nak sambungkan silaturrahim itu amat tidak menyenangi diri kita. Antaranya :

Dalam sebuah Hadis shohih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
Nabi SAW menegaskan maksudnya :
“Barangsiapa ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung silaturahim.”

Dalam riwayat Tirmidzi dijelaskan lebih luas tentang manfaat silaturahim :   “Pelajarilah/kenalilah nasab kalian yang dapat menyambung silaturahim, kerana silaturahim menumbuh kecintaan dalam keluarga, memperbanyak harta, dan memanjangkan umur.”

Imam Ahmad meriwayatkan :
 “Menyambung silaturahim dan keharmonian bertetangga, dapat memakmurkan rumah tangga dan menambah umur.”



Kelebihannya berdasarkan hadis-hadis di atas :

1.      Allah memperluaskan pintu rezeki.
2.      Allah panjangkan umur.
3.      Allah menambahkan / menimbulkan perasaan cinta dalam kalangan ahli keluarga.


Nampak tak betapa pentingnya menghubungkan silaturrahim ni…
Sebenarnya mudah ja nak sambung silaturrahmi ni,
Satu tips untuk para sahabat, jika para sahabat amalkan InsyaAllah mudah nak sambung silaturrahmi dan boleh dapat ramai kawan…
Tipsnya adalah

((sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang sahabat kenal dan yang tak kenal))

Syaratnya kena yakin dengan Allah laa
InsyaAllah berjaya
Sama-sama kita amalkan

 ##########  sElaMat bERaMal  ##########

Tiada ulasan:

Catat Ulasan