Wallpaper

Selasa, 12 Julai 2011

Kuatkan Kubu Pertahanan Anda!!


CARA-CARA MENGHALANG GODAAN SYAITAN

Ada pelbagai cara untuk berperang dengan godaan syaitan ni, di sini saya ingin berkongsi sedikit berkenaannya yang saya ketahui.

1.      Jangan makan terlalu kenyang walaupun makanan itu baik dan banyak khasiatnya serta halal.

Firman Allah yang bermaksud :

“ Makanlah dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebihan.”
(Al-A’raf : 31)

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam menganjurkan kita supaya memperbanyak amalan puasa sunat bagi menghadapi serangan-serangan musuh yang bernama syaitan itu.

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah ia dengan kelaparan.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

                                         (makan jangan gelojoh, pelan-pelan baca doa dulu)

2.      Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan sebagaimana yang di suruh Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam.

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka bila jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah, syaitan akan mengunyah hatinya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)


3.      Tidak tergopoh-gopoh dalam sebarang pekerjaan.

Rasulullah shollallahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

“ Bergopoh-gopoh (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati daripada Allah.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan